Ketua Pergerakan Wanita UMNO, Datuk Dr. Noraini Ahmad berkata, ini kerana, tindakan pemimpin PH yang sesuka hati melanggar undang-undang termasuk kesalahan pilihan raya terus dilakukan mereka sejak PRK Parlimen Cameron Highlands.

Menurutnya, walaupun tempoh berkempen belum bermula, tetapi perkara tersebut tidak sepatutnya berlaku kerana dianggap sebagai satu kesalahan dalam pilihan raya.

“Sejak PH memerintah negara, ada sahaja kesalahan demi kesalahan yang dilakukan termasuklah semasa musim pilihan raya dan ini jelas dapat dilihat di PRK Cameron Highlands dan PRK Semenyih, namun sayangnya tidak ada tindakan yang diambil oleh pihak bertanggungjawab.

“Ini juga boleh dianggap rasuah PRK kerana ia berlaku dalam kawasan pilihan raya dan terbukti apabila pemimpin PH terus bertindak sesuka hati dengan melanggar undang-undang termasuklah kesalahan pilihan raya,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau mengulas tindakan Ahli Parlimen Miri, Dr. Michael Teo Yu Keng yang memberikan kupon makanan percuma bernilai RM75,000 kepada 300 pelajar miskin dari lima buah sekolah dalam kawasan PRK DUN Rantau. - UTUSAN ONLINE