Ketua Pergerakan Wanita UMNO, Datuk Dr. Noraini Ahmad berkata, keputusan PRK Cameron Highlands juga membuktikan blok pembangkang perpaduan semakin kukuh di antara UMNO dan Pas.

“Wanita UMNO melahirkan rasa syukur di atas kemenangan calon BN, Ramli Mohd. Nor dan kemenangan satu isyarat yang jelas bahawa UMNO dan BN masih relevan.

“Terima kasih kepada pengundi Cameron Highlands yang telah membuat keputusan tepat dengan mengangkat Ramli sebagai ahli Parlimen Orang Asli yang pertama,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Dalam PRK Parlimen Cameron Highlands semalam, BN mempertahankan kerusi Parlimen Cameron Highlands dengan majoriti besar iaitu 3,238.

Calon BN, Ramli mendapat 12,038 undi menewaskan calon Pakatan Harapan (PH), M. Manogaran yang mendapat 8,800 undi.

Dua calon Bebas, Sallehuddin Ab. Talib memperoleh 314 undi manakala dan Wong Seng Yee 276 undi. - UTUSAN ONLINE -