Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?

Logo Kaji Selidik Pembaca

Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?

Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

PRK Kuala Kangsar, Sg Besar ditetapkan 18 Jun - SPR

PRK Kuala Kangsar

PUTRAJAYA 13 Mei - Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) hari ini menetapkan 18 Jun sebagai tarikh Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kuala Kangsar dan Sungai Besar.

Kedua-dua tarikh tersebut diumumkan oleh Pengerusi SPR, Datuk Seri Mohd. Hashim Abdullah .

Penamaan calon pada 5 Jun, undi awal pada 14 Jun, katanya dalam sidang akhbar selepas mempengerusikan mesyuarat khas di Ibu Pejabat SPR di sini hari ini.

PRK bagi kerusi Parlimen Kuala Kangsar dan Sungai Besar kosong berikutan kematian wakil-wakil rakyat kawasan itu, Datuk Wan Mohammad Khair-il Anuar Wan Ahmad dan Datuk Noriah Kasnon dalam nahas helikopter di Sebuyau, Sarawak, 5 Mei lalu.

Dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13), Barisan Nasional (BN) menang majoriti tipis 399 undi di Parlimen Sungai Besar dan 1,082 undi di Kuala Kangsar. Di Sungai Besar, Noriah yang kali ketiga bertanding mendapat 18,695 undi, sementara calon PAS Mohamed Salleh Husin mendapat 18,296 undi.

Di Kuala Kangsar pula, Wan Khair-il Anuar yang pertama kali bertanding mendapat 14,218 undi, manakala calon Pas, Khalil Idham Lim Abdullah 13,136 undi.

Calon Bebas, Datuk Kamilia Ibrahim dapat 447 undi. Dalam PRU-13 lalu, Parlimen Sungai Besar mempunyai 42,837 pengundi, manakala Kuala Kangsar 33,540. Sungai Besar dan Kuala Kangsar juga mempunyai komposisi pengundi ikut kaum yang hampir sama. - UTUSAN ONLINE

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain