Pertandingan itu disahkan Pengurus Pilihan Raya, Datuk Ahmad Zaharin Mohd. Saad tepat pada pukul 10.22 pagi ini selepas pihaknya menerima kesemua borang pencalonan ketiga-tiga calon tanpa sebarang bantahan.

Tempoh penamaan calon dibuka pada pukul 9 pagi dan ditutup pada pukul 10 pagi ini.

Dalam PRK itu, BN diwakili oleh Datuk Lokman Noor Adam, 45, manakala Bebas diwakili calonnya, K. Murthy, 60.

PKR pula diwakili oleh Mohd. Zawawi Ahmad Mughni, 48. - UTUSAN ONLINE