Ketua Polis negeri, Datuk Mazlan Mansor berkata, buat masa ini, pihaknya tidak berhasrat mengambil anggota tambahan daripada kontinjen lain untuk menjalankan tugas berikutan anggotanya mencukupi sepanjang berlangsungnya pilihan raya kecil itu.

"Bagaimanapun, jumlah keanggotaan kini sedang dinilai dan akan dimaklumkan dalam masa terdekat.

"Namun, bagi DUN Sungai Kandis, selain memberi fokus keselamatan pengundi, turut diberi keutamaan adalah kelancaran lalu lintas berikutan kawasan tersebut agak sempit," katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.

Kerusi DUN Sungai Kandis kosong selepas penyandangnya iaitu Mat Shuhaimi Shafiei meninggal dunia akibat kanser limfoma, 2 Julai lalu.-UTUSAN ONLINE