Sekiranya aktiviti kempen sedemikian berlaku dan disabitkan dengan kesalahan, tegas Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR), Azhar Azizan Harun, maka tindakan tegas boleh diambil selaras dengan Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954.

"SPR menyeru agar setiap calon atau parti politik yang bertanding tidak melaksanakan aktiviti kempen yang boleh melanggar undang-undang dan peraturan pilihan raya.

"Aktiviti-aktiviti ini adalah seperti aktiviti penjamuan, pemberian hadiah dan barangan, penggunaan kemudahan dan aset kerajaan, program kerajaan serta aktiviti kempen yang berunsurkan perkauman serta menyentuh sensitiviti agama," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE