Pengerusi BN negeri, Datuk Wan Rosdy Wan Ismail berkata, persediaan itu dibuat sejurus selepas Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur memutuskan kemenangan calon BN, Datuk C. Sivarraajh bagi kerusi pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) adalah terbatal.

"Dengan pengumuman Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) hari ini, jentera kita diperkemaskan lagi kesiapsagaannya," katanya, di sini hari ini.

SPR menetapkan 26 Januari ini sebagai hari pengundian bagi PRK Parlimen Cameron Highlands.

Pengerusi SPR, Azhar Azizan Harun dilaporkan berkata, mesyuarat khas yang diadakan oleh suruhanjaya itu hari ini juga menetapkan 12 Januari ini sebagai hari penamaan calon. - UTUSAN ONLINE