Kementerian Sumber Manusia dalam satu kenyataan berkata, hak pekerja untuk mengundi telah pun diperuntukkan di bawah Seksyen 25(1) Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954.

Menurut kenyataan itu, majikan sektor swasta diminta mengambil langkah-langkah seperti memberi had masa atau ‘time-off’ kepada pekerja yang mengundi di tempat pengundian berdekatan atau pun hari kelepasan bagi pekerja yang bekerja berjauhan dengan tempat mengundi.

“Memandangkan PRK ini jatuh pada hari Sabtu di mana ada dalam kalangan pekerja mungkin bekerja, majikan diingatkan supaya membenarkan pekerja menunaikan tanggungjawab mereka sebagai pengundi.

“Majikan hendaklah merundingkan soal pemberian ‘time-off’, hari kelepasan yang digantikan atau cuti tahunan dengan pekerja-pekerja tersebut,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE