Bekas pengasas PPBM Anina Saadudin yang juga bekas Ketua Srikandi parti tersebut berkata, PPBM hanyalah parti kecil dalam Pakatan Rakyat yang didominasikan DAP.

Anina berkata, pemimpin PPBM tidak langsung menyuarakan padangan mengenai gesaan Pakatan Harapan yang diketuai DAP agar kerajaan negeri Sarawak meminda undang-undang negeri tersebut bagi memastikan terdapat garis panduan yang jelas untuk mereka yang ingin keluar daripada Islam.

"Pakatan Harapan didominasi oleh DAP. Dalam Pakatan Harapan itu pernah ke kita dengar mereka memperjuangkan untuk orang Melayu. Macam mana dia nak memperjuangkan agenda orang Melayu kerana DAP berada di situ.

"Parti PPBM baru berusia dalam dua tahun jumlah keahliannya sangat kecil hanya 100,000 di dalam pakatan harapan itu sendiri PPBM adalah parti yang paling kecil," kata Anina dalam program Sembang-sembang Je yang disiarkan secara langsung di Facebook Utusan Online berkata,

Sementara itu, Anina juga berkata, perjuangan Dr. Mahathir telah jauh tersasar dan tidak lagi dilandasan yang betul. Anina mengesa agar Dr. Mahatir kembali ke pangkuan bangsa.

"Saya masih lagi menyayangi dan menghormati Tun cumanya perjuangan Tun tidak lagi sesuai dan tidak lagi betul untuk orang Melayu.

"Tun kembalilah kepada ke pangkuan bangsa. Saya percaya orang Melayu masih lagi boleh menerima Tun kerana belum terlambat kembali ke pangkuan bangsa ketika ini," kata Anina.-UTUSAN ONLINE