Bekas Timbalan Ketua Srikandi bahagian itu, Zaliha Mohamd Zakiria berkata, walaupun isu itu pernah dibangkitkan kepada pemimpin parti berkenaan, ia tidak diambil peduli dan tiada usaha menyelesaikannya.

"Tidak ada sikap kerjasama antara Srikandi di peringkat bahagian dengan ketua yang dilantik oleh pucuk pimpinan dan ini berlaku di kebanyakan negeri. Pergolakan ini bukan perkara baharu malah telah wujud sejak awal penubuhan parti," katanya dalam sidang akhbar, di sini hari ini.

Zaliha berkata, di Telok Kemang sendiri wujud perpecahan serius kerana terdapat dua kem Srikandi sehinggakan ahli yang bersama sejak awal penubuhan parti itu diketepikan begitu sahaja.

"Srikandi yang lama disingkirkan, sehinggakan kami tidak tahu aktiviti yang diadakan parti. Ada pihak yang mahu ambil (bolot) semua dalam bahagian ini," dakwanya. - UTUSAN ONLINE