Bekas Perdana Menteri itu berkata, beberapa ketetapan telah diputuskan sebagai kriteria bagi mewujudkan pakatan tersebut.

“Selain terbuka dan menerima apa sahaja parti yang berminat sertai gabungan ini, kita juga setuju sesuaikan nama pakatan yang bakal dibentuk.

“PPBM secara prinsipnya bersetuju untuk gunakan hanya satu logo, simbol dan manifesto yang sama bagi pakatan ini. Kita turut bersetuju dan memutuskan hanya satu sahaja calon diletakkan bagi mewakili parti gabungan bakal dibentuk nanti,” katanya dalam sidang akhbar Ibu Pejabat PPBM di sini hari ini.- UTUSAN ONLINE