PPBM bertanding 2 kerusi Parlimen, 6 DUN di Melaka
Mohd. Redzuan Yusof

Bekas Anggota Majlis Pimpinan Tertingginya, Mohd. Redzuan Yusof dalam majlis suai kenal calon lewat malam tadi mengumumkan PPBM bakal bertanding di dua kerusi Parlimen dan enam kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di negeri ini.

Beliau yang akan bertanding di kerusi Parlimen Alor Gajah memberitahu, Roslin akan bertanding di DUN Ayer Limau manakala Sabirin akan bertanding di Parlimen Masjid Tanah yang kini disandang Ketua Pergerakan Puteri UMNO, Datuk Mas Ermieyati Samsudin.

Selain itu katanya, Penyelaras PPBM DUN Paya Rumput, Mohd. Rafiq Naizamohideen yang juga Anggota Majlis Pimpinan Tertinggi parti akan bertanding di DUN tersebut.

Lain-lain calon PPBM yang akan bertanding di Melaka ialah Riduan Abu Bakar (DUN Lendu); Azalina Abd. Rahman (DUN Sungai Rambai); Zamzuri Ariffin (DUN Asahan) dan Fendi Ahmad (DUN Telok Mas). - UTUSAN ONLINE