Beliau berkata, politik kotor seperti itu yang diamalkan UMNO perlu dihentikan segera sebelum meresap dan seterusnya merosakkan parti.

“Budaya kotor sudah mula resap dengan cara nak jadi calon dan tawar duit. Calon sebegini mesti kita mesti tolak, kalau jujur mahu jadi pemimpin PKR tidak perlukan politik wang.

“Saya minta ahli-ahli PKR jangan rosakkan parti dengan budaya parti UMNO yang telah tewas itu. Contohnya saya, saya tidak perlukan politik wang untuk jadi pemimpin PKR, saya boleh jadi Pengerusi PKR Johor dan Ahli Parlimen PKR (tanpa politik wang),” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap dalam Bicara Maal Hijrah Bersama Anwar Ibrahim -Hijrah Ke Arah Malaysia Baharu di Kompleks Sultan Abu Bakar, di sini sebentar tadi.

Yang turut hadir Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim merangkap Presiden PKR yang baharu. - UTUSAN ONLINE