LIM KIT SIANG
LIM KIT SIANG

Namun kata orang politik, pokok boleh bergoyang sebab ada orang atau ‘beruk’ yang goncang.

Beruk menggambarkan ‘haiwan politik’ yang sentiasa mencari jalan bagi menimbulkan isu walaupun segalanya sudah jelas.

Teringat pula pada kicau Penasihat DAP, Lim Kit Siang dalam Twitter beliau Sabtu lalu berhubung e-mel kepada pemimpin negara mengenai jawapan membabitkan wang 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Kata-kata maestro DAP itu kemudian terus disahut oleh portal propembangkang bagaikan sebuah orkestra dengan menjadikan ia berita utama.

Sebenarnya, Kit Siang tidak perlu menghabiskan tenaga mengerah minda untuk menulis e-mel kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

MAHATHIR
MAHATHIR

Tanya saja Naib Pengerusi DAP, Dr. Tan Seng Giaw. Beliau Naib Pengerusi Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) dan jelas Ahli Parlimen Kepong itu, Najib tidak terlibat secara langsung dalam kelemahan pengurusan oleh 1MDB.

Jadi, tidak perlulah ulangi perkara sia-sia menulis berbelas judul buku mengenai apa yang didakwanya skandal kerajaan ketika era pemerintahan Tun Dr. Mahathir berdekad-dekad lalu.

Dan hari ini Kit Siang ulangi gimik politik goncang pokok era 80-an apabila mengetuai wakil pembangkang membuat kecoh di Dewan Rakyat bagi membantah pembentangan persempadanan pilihan raya oleh Perdana Menteri sehingga terpaksa ditangguhkan sementara. – UTUSAN ONLINE