Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Polis Perak tidak terima permohonan debat

IPOH 17 Mac - Polis belum menerima sebarang permohonan rasmi berhubung penganjuran majlis perdebatan antara Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz dengan Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Hasnan Hassan
HASNAN

Pemangku Ketua Polis negeri, Datuk Hasnan Hassan berkata, sehingga kini tiada mana-mana pihak tampil membuat permohonan bagi program yang dijangka dilangsungkan di Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Sultan Azlan Shah pada pukul 3 petang, Jumaat depan seperti mana dilaporkan dalam media termasuk media sosial.

Katanya, sekiranya program itu berlangsung tanpa kebenaran maka program tersebut merupakan perhimpunan haram dan menjadi satu kesalahan di bawah Akta Perhimpunan Aman 2012.

“Pihak polis mengesahkan tiada permohonan untuk berhimpun itu dibuat dan mengikut Jadual Pertama Seksyen 3 Akta Perhimpunan Haram 2012, sekolah termasuk dalam jadual tersebut.

“Oleh itu, sekiranya majlis itu berlangsung di MRSM Sultan Azlan Shah, tindakan boleh diambil ke atas mana-mana orang kerana berhimpun di tempat larangan dan tanpa kebenaran di bawah Seksyen 9(5) Akta Perhimpunan Aman 2012,” katanya dalam kenyataannya di sini hari ini.

Menurut beliau, adalah menjadi tanggungjawab polis untuk memastikan keselamatan dan ketenteraman penduduk setempat sentiasa terjamin.

“Pihak polis mengingatkan dan memberi amaran keras kepada orang ramai sekiranya mereka terlibat di dalam perhimpunan yang dinyatakan, tindakan tegas akan diambil mengikut peruntukan undang-undang sedia ada,” ujarnya.

Baru-baru ini, Dr. Mahathir mencabar Mohamed Nazri yang juga Ahli Parlimen Padang Rengas itu untuk berdebat mengenai isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan skandal Bumiputra Malaysia Finance Ltd. (BMF).

Laporan akhbar Rabu lalu, Mohamed Nazri memberi jaminan pertemuannya dengan bekas Perdana Menteri itu akan berlangsung dalam suasana persaudaraan walaupun mereka mempunyai perbezaan pendapat. - UTUSAN ONLINE

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain