Menteri Dalam Negeri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, terserah kepada pihak polis untuk membuat tindakan sekiranya mempunyai asas.

“Sekiranya ada asas untuk menyiasat beliau, tidak kira siapa pun dia... menteri ke, orang biasa ke, saya tak payah keluar arahan.

“Kalau dia dah keluar kenyataan kita tengoklah apa yang disebut, kenyataan itu betul tak betul, berbaur perkauman ke, hasutan ke, macam-macam undang-undang yang ada maka pihak polis boleh bertindak mengikut keperluan,” ujarnya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar ketika melakukan lawatan di Kuil Sri Maha Mariamman, USJ 25 di sini hari ini.- UTUSAN ONLINE