Menurut sumber, pasukan penyiasat tersebut turut disertai Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun diiringi Peguam cara Negara, Datuk Engku Nor Faizah Engku Atek.

Katanya, mereka tiba di pejabat tersebut kira-kira pukul 5.30 petang dan keluar dari pejabat itu sejam kemudian.

"Mereka dilihat membawa beberapa beg dipercayai mempunyai dokumen siasatan kes berprofil tinggi namun tidak disebut apakah kes yang akan disiasat oleh pihak polis," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Semalam, Peguam Negara, Tan Sri Mohamed Apandi Ali mengesahkan bahawa beliau telah bercuti tanpa rekod selama 30 hari sehingga 14 Jun ini.-UTUSAN ONLINE