Penerbitan Sukuk Hijau bernilai RM250 juta telah dilakukan oleh Tadau Energy Sdn. Bhd. dan RM1 bilion oleh Quantum Solar Park Semenanjung Sdn. Bhd..

Hadir sama, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi serta Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Seri Dr. Maximus Johnity Ongkili.

Penerbitan Sukuk Hijau dilihat mengukuhkan lagi kedudukan negara dalam kewangan hijau Islam dan memantapkan lagi inovasi dalam produk pembiayaan kewangan Islam. - UTUSAN ONLINE