Mohd. Sukirman

Perkara itu jelas apabila Pe­ng­a­rah Komunikasi PKR negeri, Mohd. Sukirman Mustafa hanya menegaskan bahawa parti patuh dengan Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mengingatkan pemimpin PKR agar tidak memutuskan hubungan dengan Pas tanpa mahu mengulas desakan daripada PAN.

Dalam masa sama, beliau juga mengakui PKR dan PAN mempunyai pandangan berbeza dalam isu tersebut, bagaimanapun ya­kin perkara itu akan kembali pu­lih seperti sedia kala.

"Anwar bukan sahaja Ketua Umum PKR, tetapi juga Ketua Umum Pakatan Harapan. Jadi kami sebagai ahli akan akur kepada ketua kami," katanya ketika ditemui pemberita di sini hari ini.

Semalam Utusan Malaysia melaporkan pertelingkahan antara PKR dan PAN di negeri ini semakin memuncak apabila pemimpin kedua-dua parti itu menye­rang sesama sendiri secara terbuka di laman sosial Facebook.

Ketegangan tersebut dikaitkan dengan tindakan pemimpin PAN yang mahu PKR segera me­nya­takan pendirian dengan jelas mengenai soal kerjasama dengan Pas di Kelantan.

Perang mulut pemim­pin kedua par­ti itu tercetus dengan Timbalan Penge­ru­si PAN negeri, Che Ib­rahim Mohamed mening­galkan komen di Facebook Mohd. Sukirman meminta penjelasan mengenai kerjasama tersebut.

Pergolakan sema­kin ketara apa­bila be­­­be­rapa pemim­­pin PAN secara terbuka menye­rang pemimpin PKR menerusi Facebook ekoran sikap mereka yang condong untuk bekerjasama kembali dengan Pas.