Norlela Ariffin

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Penanti, Dr. Norlela Ariffin berkata, sokongan oleh PKR kepada Dr. Mahathir yang juga Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) itu penting untuk mengimbangi kekuatan DAP ketika ini.

Ujarnya, penyokong mereka perlu memahami bahawa DAP menjadi dominan kerana kesemua kerusi yang akan ditandingi parti itu dalam PRU-14 merupakan kerusi selamat.

“Jadi, DAP mungkin akan menang kesemua kerusi berkenaan dan sebab itu mereka (DAP) kuat.

“Sebagai contoh di negeri ini, mereka mempunyai 19 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) sedangkan PKR hanya ada 10 kerusi,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.