Menteri Besar Selangor, Amirudin Shari berkata, pihaknya tidak mempunyai pilihan lain sekiranya kepimpinan parti telah membuat keputusan.

“Kita bagaimanapun masih belum menerima sebarang keputusan rasmi daripada kepimpinan tertinggi parti mengenai kerusi Parlimen yang terlibat.

“Mungkin perbincangan strategik telah dilakukan dan terpulang kepada kepimpinan tertinggi untuk membuat sebarang keputusan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas merasmikan majlis tayangan amal filem Munafik 2 anjuran Wanita Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (Perkim) Selangor di pusat membeli-belah Melawati di sini, hari ini.

Yang turut hadir, Pengarah Urusan Skop Production Sdn. Bhd., Datuk Yusof Haslam; pengarah Munafik 2, Syamsul Yusof dan barisan pelakon filem tersebut. - UTUSAN ONLINE