Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?

Logo Kaji Selidik Pembaca

Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?

Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

PKR perlu patuhi syarat kerjasama

KOTA BHARU 11 Sept. – Pas hanya akan membuka pintu rundingan atau mengadakan kerjasama politik dengan PKR sekiranya parti itu meninggalkan Pakatan Harapan yang diketuai DAP.

Ahmad Fadhli Shaari

Naib Ketua Dewan Pemuda Pas, Ahmad Fadhli Shaari (gambar) berkata, syarat tersebut perlu dipatuhi PKR sekiranya mereka ingin kembali semula bersama Pas.

“Pintu rundingan ini dibuka semula dengan syarat PKR me­ninggalkan DAP dan PAN. Ruang yang diberikan oleh Pas de­ngan mengekalkan lantikan politik PKR di Kelantan adalah bagi memberi kesempatan kepada mereka untuk berfikir,” katanya ketika ditemui di sini hari ini.

Sementara itu, Ahmad Fadhli yang juga Ketua Dewan Pemuda Pas negeri berkata, pihaknya sentiasa terbuka untuk berbincang dengan PKR di Kelantan yang dilihat berlembut dalam soal kerjasama tersebut.

“Pas Kelantan sudah membuka ruang dengan mengekalkan jawatan lantikan politik ahli dan pimpinan PKR di negeri ini meskipun hubungan tahaluf siyasi telah putus,” katanya.

Laporan akhbar baru-baru ini menyebut, PKR tidak mahu melayan desakan sekutu­nya, PAN supaya menyatakan pendirian dengan jelas soal kerjasama mereka dengan Pas di negeri ini.

Perkara itu jelas apabila Pe­ng­a­rah Komunikasi PKR negeri, Mohd. Sukirman Mustafa menegaskan, parti patuh dengan Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mengingatkan pemimpin parti agar tidak memutuskan hubungan dengan Pas.

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain