Pengerusi PKR Perak, Farhash Wafa Salvador Rizal Mubarak berkata, langkah itu diambil setelah mendapati amanat yang diberikan kepada exco berkenaan tidak dilaksanakan selain prestasi beliau kurang memuaskan.

Malahan dakwanya, exco tersebut juga telah mengabaikan tanggungjawab kepada parti.

“Kita dalam proses mengkaji semula dengan kepemimpinan negeri. Namun, ia terpulang kepada tuanku kerana proses mengangkat sumpah untuk exco bagi penggal yang baharu, akan diadakan pada bulan Mei ini,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Ketika ini, terdapat dua exco kerajaan negeri dari PKR iaitu Pengerusi Jawatankuasa Kemudahan Awam dan Infrastruktur, Pertanian dan Perladangan negeri, Abdul Yunus Jamhari serta Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan negeri, Tan Kar Hing.

Menurut Farhash Wafa Salvador, PKR Perak mengambil serius perkara tersebut kerana pihaknya ingin memperkukuh parti di peringkat negeri dengan menambah keahlian selain bekerjasama dengan semua ketua cabang.

“Namun begitu, itu bukan realitinya. Mesyuarat pimpinan negeri pun (exco berkenaan) dia tak hadir, hilang komunikasi dan banyak laporan tidak baik diterima dari peringkat cabang,” katanya. - UTUSAN ONLINE