HAZIQ ABDUL AZIZ
HAZIQ ABDUL AZIZ 

Perkara itu dimaklumkan Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim selepas selesai Mesyuarat Biro Politik PKR hari ini.

Menurut Anwar, segala keputusan berhubung kedudukan Haziq akan ditentukan oleh Shamsul Iskandar.

Bagaimanapun, mengulas mengenai kedudukan Haziq dalam parti, Anwar memaklumkan perkara itu akan dibincangkan oleh kepemimpinan parti terlebih dahulu.

“Setakat ini kita sedang mengumpul segala maklumat berhubung isu video intim yang tular ketika ini. Hari ini masih belum ada keputusan mengenai tindakan penggantungan sementara.

“Kita mahu perbincangan berterusan dilakukan dan yang lebih penting menyerahkan kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk melakukan siasatan,” katanya di Ibu pejabat PKR dekat sini hari ini. - UTUSAN ONLINE