Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, sekiranya pemimpin dan rakyat menyedari kesilapan itu, pintu BN serta UMNO terbuka luas untuk menerima mereka semula.

“Saya mengingatkan semua pihak jangan membuat keputusan ketika dibuai perasaan marah atau sedih kerana keputusan yang dibuat itu didorong oleh iblis.

“Bagi yang telah terikut-ikut, kembali bersama-sama kita. Pintu (BN dan UMNO) terbuka dengan luas,” katanya ketika berucap merasmikan Akademi Pengajian al-Quran Semporna (APAQS) di Jalan Tanjung Kapur-Bugaya di sini hari ini.

Yang hadir sama, Ketua Menteri, Datuk Seri Musa Aman; Pembantu Menteri Kewangan negeri merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bugaya, Datuk Ramlee Marahaban serta Pemangku Ketua UMNO Bahagian Semporna, Datuk Seri Nasir Tun Sakaran.

Timbalan Perdana Menteri menambah, beliau tidak bermaksud untuk mencampur adukkan majlis ilmu dengan politik.

“Saya tiada agenda politik dan telili baik-baik setiap kata-kata saya. Berpijaklah di bumi nyata, bersyukur serta berterima kasih kepada pemimpin negeri dan Pusat,” katanya. - UTUSAN ONLINE