Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Pas bertanding di semua kerusi di Terengganu

KUALA TERENGGANU - Pas akan bertanding di semua kerusi Dewan Undangan Negeri dan Parlimen di negeri ini dalam Pilihan Raya Ke-14 (PRU-14) dengan keyakinan dapat meningkatkan jumlah kerusi bagi membolehkannya menerajui negeri.

Datuk Husain Awang
Datuk Husain Awang

Pesuruhjaya Pas negeri yang baharu, Datuk Husain Awang berkata,meskipun kali ini kemungkinan semua kerusi akan melibatkan persaingan tiga penjuru, namun ini tidak dilihatnya sebagai faktor yang boleh melemahkan parti.

"Kita telah bersiap sedia untuk menghadapi sebarang kemungkinan keadaan. Sama ada dua atau tiga penjuru, tidak menjadi soal," tegas beliau tanpa merujuk jumlah kerusi yang disasarkan dapat diperoleh.

Beliau menyatakan demikian kepada pemberita selepas mempengerusi mesyauarat Badan Perhubungan Pas negeri dan mengumumkan pelantikan ahli jawatankuasa baharu bagi sesi 2017-2019.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Paka, Satiful Bahari Mamat yang sebelum ini Pesuruhjaya Pas kini menyandang jawatan Timbalan Pesuruhjaya I.

ADUN  Bukit Tunggal, Dr. Alias Razak dilantik sebagai Timbalan Pesuruhjaya Pas Negeri II dan bekas anggota Exco kerajaan negeri, Yahaya Ali selaku Timbalan Pesuruhjaya III.

Peluang terbaik Pas untuk kembali menguasai kerajaan negeri adalah semasa Pilihan Raya Umum lalu ketika memenangi 14 kerusi dan satu kerusi oleh PKR manakala Barisan Nasional memperoleh 17 daripada keseluruhan 32 kerusi.

Husain yang merupakan bekas Yang Dipertua DUN tidak menolak kemungkinan akan kembali bertanding pada PRU-14 dan menyifatkan barisan kepemimpinan yang baharu dibentuk dengan gabungan pelbagai latar belakang dan peringkat usia sebagai persediaan untuk mengambil alih kerajaan.

Mengulas mengenai rombakan beberapa barisan kepimpinan Pas negeri oleh Pas Pusat baru-baru ini, Husain menafikan kononnya mempunyai kaitan dengan permasalahan dalaman parti seperti yang didakwa sesetengah pihak.

"Tiada sebarang krisis, tiada perpecahan dan perebutan jawatan yang berlaku dalam Pas berkaitan rombakan kepemimpinan itu. Ia bagi perkukuhkan lagi jentera parti," katanya.-UTUSAN ONLINE

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain