Tidak terkecuali dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Rantau yang sedang berlangsung ketika ini.

Tinjauan Utusan Malaysia hari ini mendapati, aktiviti menurap jalan giat dilaksanakan di persimpangan Jalan Sungai Gadut-Rantau dekat sini.

Difahamkan, kerja-kerja menurap jalan sepanjang kira-kira dua kilometer telah telah bermula sejak tiga hari lalu.

Keadaan tersebut sedikit sebanyak mengganggu pengguna jalan raya berkenaan ditambah dengan kehadiran jentera-jentera berat.

Mengapa aktiviti menurap jalan ini dilakukan semasa kempen PRK Rantau dan tidak sebelum atau selepas hanya pihak yang berwajib sahaja yang mempunyai jawapan.

Apa yang pasti, projek ini tentu akan memberi banyak manfaat dan keselesaan kepada penduduk Rantau. - UTUSAN ONLINE