Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Pilih politik matang

Pas tolak konsep kerjasama nafikan kepemimpinan Islam

KUALA LUMPUR 16 Mac - Pas menegaskan par­ti itu menolak sebarang konsep kerjasama yang menafikan kepemimpinan Islam dan tetap memilih konsep demokrasi secara aman serta berpolitik dengan cara matang.

Abdul Hadi Awang

Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, walaupun Islam wajib memimpin dan adil terhadap masyarakat majmuk dengan mengajak umat Islam berjuang bersama termasuk dalam kalangan mereka yang bukan Islam tetapi ia tetap mempunyai syaratnya yang tersendiri.

“Syaratnya ialah menolak kon­sep yang menafikan kepemimpinan Islam atau libe­ral oportunis yang mencari kemena-ngan mi segera atau cauvinis yang bo­­leh mengacau ke­hi­­dupan sendiri. Wa­­­laupun perjuangan mereka adalah untuk kepentingan kaum sendiri tanpa berpijak di bumi Ma­laysia ini yang bermasyarakat majmuk,” katanya dalam satu kenyataan yang di­siar­kan Harakahdaily semalam.

Sebelum ini DAP yang memutuskan kerjasama dengan Pas telah menawarkan kepada parti itu untuk kembali bekerjasama dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) untuk memastikan kemenangan pakatan.

Bagaimanapun, Abdul Hadi menolak tawaran tersebut kerana kedua-dua parti mempunyai agenda tersendiri malah DAP juga hingga kini menentang beberapa agenda utama Pas khususnya dalam meningkatkan hukum syariah dalam kalangan umat Islam.

Menurutnya, Pas akan terus kon­sisten dengan perjuangan me­reka sehingga sampai ke wawasan parti itu dari dunia hingga ke akhirat.

“Bukan sekadar Wawasan 2020 dan kemenangan pilihan raya besar atau kecil sahaja. Kemenangan terbesarnya ialah kemenangan akhirat yang kekal abadi di sam-ping percaya adanya kemenangan di dunia,” katanya.

Abdul Hadi berkata, perkara itu menjadi panduan kepada Pas dan mereka yang berada di dalam perjuangan parti tersebut.

“Jika ada pihak yang mempunyai pandangan lain, pasti mereka akan meninggalkan Pas dengan rela hati atau keluar parti,” katanya.

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain