muhyiddin
MUHYIDDIN

Presiden PPBM, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, pemimpin Pakatan Harapan itu perlu bertindak secara berhati-hati terutamanya di peringkat awal peralihan kuasa ini.

"Beliau mungkin baru dan belum ada pengalaman lagi dan saya sudah menasihatkan kepada beliau supaya tidak tergopoh-gopoh. Walaupun nama pembantu itu saya tidak kenal tetapi dikatakan dia adalah bekas pemimpin UMNO bahagian di sana.

"Adalah lebih baik beliau mengambil kira tokoh-tokoh daripada Pakatan Harapan yang mampu memikul tugas yang sama supaya tidak mrmbangkitkan rasa kurang senang hati dan kemarahan," katanya.

Beliau berkata demikian selepas melawat Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim di kediaman pemimpin itu di Bukit Segambut Dalam, di sini hari ini.

Sementara itu, beliau turut mengingatkan kepada pemimpin Pakatan Harapan untuk mengutamakan ahlinya dalam apa sahaja sudut sama ada kepemimpinan, membentuk dasar dan lain-lain lagi.

Dalam pada itu, Muhyiddin berkata, beliau turut mengemukan cadangan kepada Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar supaya membentuk badan penasihat meliputi pelbagai aspek termasuk ekonomi yang boleh membantu pentadbiran negeri.

"Ini bukannya campur tangan tetapi memberi idea yang boleh diguna pakai. Ini kerana, selepas peralihan akan terbentuk kerajaan baharu dengan dasar dan menifesto yang dijanjikan.

"Saya rasa pemimpin negeri akan menghadapi pelbagai cabaran, jadi saya mahu menawarkan pengalaman saya untuk membantu meningkatan keyakinan rakyat kepada Pakatan Harapan," ujarnya. - UTUSAN ONLINE