Ini kerana PH enggan mengumumkan dapatan yang diperoleh berhubung perkara itu.

Bagaimanapun, Timbalan Presiden PH, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, pihaknya tetap mempunyai sasaran tersebut dan tidak mahu terlebih yakin untuk menang.

“Kita ada, tetapi tak payah kita umumkan. Kita tahu sasaran kita. Kita pun ada data yang kita sudah 'crunch'. Apa kedudukan kita, di mana kita berada, berapa pengundi yang pro kita, yang pro sana. Kita ada data-data sebegitu,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri mesyuarat jentera pilihan raya PH di Bilik Gerakan Utama PH di sini petang tadi.

Hadir sama pada sidang akhbar itu ialah Naib Presiden PH, Datuk Seri Mukhriz Mahathir.

Isnin lalu, calon BN, Zakaria Hanafi meletakkan keyakinan bahawa peluang parti itu untuk menang pada PRK DUN Semenyih ialah 60 peratus.

Sasaran diikuti dengan segala kempen berjalan lancar dan semangat jentera bertugas semakin memuncak menuju hari pengundian.

"Pas juga nampak ikhlas membantu kita menerusi perancangan-perancangan mereka. Kita ada empat hari lagi menjelang hari pengundian dan peluang kini saya lihat untuk BN adalah 60 peratus,“ kata Zakaria. - UTUSAN ONLINE