Malah beliau turut bersimpati dengan Orang Asli kerana mendapat RM20 sahaja daripada pakatan parti pemerintah negara ini.

"Datuk C. Sivaraajh (bekas Ahli Parlimen Cameron Highlands) tidak boleh disebabkan beliau Barisan Nasional (BN). Sekarang PH (memerintah) tak apa (memberikan wang).

"Kita pun kasihan Orang Asli dapat RM20 sahaja, tak cukup nak bayar duit minyak," katanya ketika ditemui pemberita Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) di antara Kolej Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra (Kias) dan Pusat Pengajian Pondok Kandis dengan Universiti Ez-Zitouna, Tunisia di sini hari ini.

Yang turut hadir Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob dan Rektor universiti tersebut, Dr. Hisyam Qarisah.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai penularan gambar, jentera PH memberikan wang kepada Orang Asli sejak beberapa hari lalu ketika kempen PRK tersebut.

Pada 1 Disember lalu, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur memutuskan Sivarraajh didapati bersalah kerana memberikan wang kepada Orang Asli ketika pilihan raya umum lalu untuk mempengaruhi undi. - UTUSAN ONLINE