NICOLE WONG SIAW TING
NICOLE WONG SIAW TING 

Malah PH juga perlu memikirkan langkah terbaik bagi memulihkan ekonomi negara dalam usaha mengurangkan penderitaan rakyat.

Naib Pengerusi Pemuda MCA, Nicole Wong Siaw Ting berkata, tindakan menaikkan tarif air hanya akan membebankan rakyat walaupun sebelum ini PH berjanji membantu mengurangkan bebanan rakyat.

“Ingat ketika manifesto dahulu PH berjanji untuk meringankan beban rakyat namun kini setelah menjadi kerajaan mereka menambah bebanan.

“Sebelum ini gas petroleum cecair (LPG) naik dan kini tarif air juga meningkat sedangkan itu adalah keperluan asas,”katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Sebelum ini, Menteri Air, Tanah dan Sumber Asli, Dr. A. Xavier Jayakumar memberitahu, kenaikan tarif air mungkin dinaikkan secara berperingkat selaras dengan usaha menstruktur industri perkhidmatan bekalan air. - UTUSAN ONLINE