Hali­mey Abu Bakar

Calonnya, Hali­mey Abu Bakar berkata, beliau menyasarkan lebih 60 peratus pengundi keluar menjalankan tanggungjawab pada 8 September ini.

Ujarnya, sasaran tersebut adalah lebih rendah daripada jangkaan dikeluarkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) iaitu 70 peratus.

“Pengerusi SPR menjangkakan di DUN Seri Setia sekurang-kurangnya 70 peratus akan keluar mengundi.

“Ini satu perkara menarik sebab sasaran saya adalah 60 peratus. Jika betul 70 peratus, kita akan mencapai kemenangan lebih besar lagi,” katanya dalam sidang akhbar di sini, hari ini.

Mengulas lanjut, Halimey berkata, bagi mempertingkatkan lagi jumlah keluar mengundi, beliau dan pasukannya akan menyediakan dua kenderaan khas bagi memberi hebahan tentang PRK DUN Seri Setia kepada pengundi.

Katanya, PH juga menyediakan perkhidmatan membawa orang kurang upaya (OKU) ke pusat undian.

“Seandainya golongan OKU berdepan masalah untuk datang ke pusat pengundian, hubungi saya atau petugas PRK DUN Seri Setia,” katanya.

Beliau juga yakin pengundi akan melaksanakan tanggungjawab mereka walaupun tarikh mengundi jatuh pada cuti umum panjang.