Calon PH, Wong Siew Ki berjaya memperoleh 22,508 undi mengalahkan calon MCA, Tan Chee Teong yang mendapat 3,975 undi dengan majoriti sebanyak 18,533.

Sementara di DUN Seri Setia pula, Halimey Abu Bakar berjaya mengekalkan kerusi PH  dengan jumlah undi sebanyak 13,725 berbanding calon Pas, Dr. Halimah Ali yang memperoleh 9,698 undi.

Berdasarkan kiraan awal pada pukul 7.30 petang tadi, Halimey sudahpun memperoleh lebih 50 peratus daripada keseluruhan jumlah undi. - UTUSAN ONLINE

 

Tidak Rasmi: Pakatan Harapan menang PRK Seri Setia, Balakong

PETALING JAYA 8 Sept. - Calon Pakatan Harapan, Halimey Abu Bakar secara tidak rasmi menang Pilihan Raya Kecil Seri Setia selepas berjaya meraih 12,525 undi berbanding pencabarnya, calon Pas, Dr. Halimah Ali 8,000 undi sehingga pukul 7.30 malam ini.

Angka 12,525 undi itu mewakili lebih 50 peratus daripada keseluruhan jumlah undi.

Bagaimanapun, bilangan undi yang diperoleh calon Pas menunjukkan peningkatan sekali ganda berbanding Pilihan Raya Umum lalu iaitu 4,563 undi sahaja. - UTUSAN ONLINE
 

Tidak Rasmi: Pakatan Harapan menang di Balakong

KUALA LUMPUR 8 Sept. - Calon Pakatan Harapan bagi Pilihan Raya Kecil Balakong, Wong Siew Ki dilaporkan sudah berjaya meraih 20,000 undi berbanding calon MCA, 3,500 undi sehingga pukul 7.30 malam ini.

Kedudukan itu meletakkan Siew Ki sukar digugat untuk memenangi kerusi Dewan Undangan Negeri Balakong. - UTUSAN ONLINE