Calon PH, M. Manogaran berkata, pihaknya akan menghentikan apa juga kemudahan kerajaan termasuk kenderaan atau jentera kerajaan yang tidak selaras dengan panduan undang-undang pilihan raya.

"Saya berharap pihak lawan (Barisan Nasional) juga harus patuh kepada 
undang-undang kerana saya juga dapat tahu mereka juga tidak mematuhi 
undang-udang dalam kempen PRK di sini," katanya.

Beliau mengulas rakaman viedo yang tular di laman sosial sebuah kenderaan 
pacuan empat roda yang dinaiki kedua-dua lelaki mempunyai logo Jabatan 
Perhutanan Negeri Pahang yang disembunyikan di bawah bendera parti 
PH dan Jalur Gemilang. - UTUSAN ONLINE