Timbalan Presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, Pas mengalu-alukan pengakuan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad bahawa PH telah terlebih menabur janji untuk memenangi pilihan raya dan mengaku bahawa PH hanya sekadar berjaya menunaikan 21 daripada 60 janji manifestonya di dalam pencapaian 100 hari.

“Ini adalah satu permulaan yang baik kepada politik baru yang bersifat lebih jujur dan rendah diri dalam menghadapi kegagalan dan kelemahan sendiri daripada sikap suka menegakkan benang yang basah seperti yang diamalkan kerajaan yang lalu.

“Pas percaya jika PH ikhlas dan tekad untuk menunaikan janjinya, kesemua janji akan dapat melaksanakannya meskipun ada perkara di dalam manifesto PH yang Pas tetap tidak bersetuju,” katanya dalam kenyataan menerusi Facebook beliau hari ini. - UTUSAN ONLINE