Pengerusi Pakatan Harapan (PH) negeri, Datuk Husam Musa berkata, pihaknya akan berusaha mendapatkan peruntukkan tambahan itu.

“Kita akan mengemukakan permohonan peruntukkan tambahan ini melalui menerusi Kementerian Pendidikan dan Kementerian Kewangan.

“Ini merupakan salah satu usaha PH Kelantan membantu SJKC yang tertua di Kelantan,” katanya kepada pemberita selepas melawat tapak pembinaan bangunan tambahan SJKC Yuk Tze, di sini, hari ini.

Yang hadir sama, Pengerusi Parti Amanah Negara (Amanah) negeri, Wan Abdul Rahim Wan Abdullah.

Pembinaan bangunan empat tingkat ini bagi menyelesaikan masalah kekurangan bilik darjah yang sedang dihadapi ketika ini.

Kekurangan itu menyebabkan murid tahun 4 dan 5 yang terdiri daripada pelbagai kaum terpaksa menumpang di Sekolah Kebangsaan (SK) Kelaboran buat sementara waktu. - UTUSAN ONLINE