Calon PH bagi PRK tersebut, Halimey Abu Bakar berkata, inisiatif itu merupakan antara pendekatan yang diambil jentera parti bagi meningkatkan jumlah keluar mengundi.

“Seandainya golongan OKU berdepan masalah untuk datang ke pusat pengundian, hubungi saya atau petugas PRK DUN Seri Setia.

“Saya merayu agar pengundi yang layak agar beramai-ramai melaksanakan tanggungjawab sebagai pengundi pada 8 September ini,” katanya dalam sidang akhbar, di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE