Menurut Pengerusinya, Datuk Patrick Ooi, individu berusia 40-an itu dipercayai menyalahgunakan kuasanya untuk mendapatkan beberapa projek yang mencecah bilion ringgit sebelum diserahkan kepada syarikat yang mempunyai hubungan dengannya.

Dakwanya, hasil tindakan itu yang turut melibatkan beberapa lagi penjawat awam negeri ini, lelaki berkenaan akan mendapat imbuhan berbentuk ‘gaji’ dan elaun.

“Sehubungan itu, kita meminta SPRM menyiasat perkara ini kerana kita mempunyai bukti kukuh termasuk saksi yang bersedia mendedahkan penglibatan pemimpin lelaki berkenaan,” katanya ketika ditemui di luar pejabat SPRM di sini pagi tadi. - UTUSAN ONLINE