Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?

Logo Kaji Selidik Pembaca

Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?

Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Petanda krisis PPBM kian parah

Shaiful Hazizy Zainol Abidin
SHAIFUL HAZIZY ZAINOL ABIDIN

ALOR SETAR 17 Mac - Tindakan ahli Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) Baling yang keluar secara beramai-ramai daripada parti itu merupakan sesuatu yang sudah dijangka.

Ketua Pemuda UMNO Kedah, Datuk Shaiful Hazizy Zainol Abidin berkata, pihaknya tidak langsung terkejut dengan perkara itu yang dianggap sebagai petanda awal betapa krisis dalaman parti tersebut kian parah.

“Kami melihat pemberontakan dalaman ini berpunca daripada kewujudan beberapa kem dalam kepemimpinan PPBM.

“Secara amnya, dapat disimpulkan bahawa pimpinan PPBM sedia ada belum mampu menunjukkan nilai kepemimpinan yang tinggi apabila berdepan dengan sesuatu kemelut dan krisis,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Akhbar melaporkan seramai 60 ahli PPBM Baling dilaporkan keluar parti akibat tidak puas hati dengan isu pelantikan jawatankuasa baharu PPBM.

Mereka turut menjangkakan seramai 500 daripada 800 ahli yang berdaftar di kawasan itu akan turut mengikut jejak sama. - UTUSAN ONLINE

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain