Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Mohd. Sharkar Shamsuddin berkata, berdasarkan senario semasa khususnya dalam pemilikan kerusi Parlimen, tiada siapa dapat menyangkal bahawa DAP memiliki kuota paling banyak dalam Pakatan Harapan.

"Sejak 2008, lanskap politik telah berubah dan kita bersama parti komponen lain dalam BN tetap bersatu padu.

"Kita kecewa dengan mainan DAP yang berjaya menyakinkan orang Cina bahawa mereka akan memerintah dan meyakinkan orang Melayu melalui proksi mereka pada masa itu," katanya ketika menjadi moderator pada program Ceramah Rakyat Negaraku Generasiku Parlimen Temerloh di Jalan Moh Hee Kiang, Mentakab di sini malam ini. - UTUSAN ONLINE