Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Johor, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, sekiranya gabungan itu kalah akan menyebabkan agenda bangsa terbantut dan perjuangan agama terkandas.

“Kita telah memulakan banyak perkara besar dan kita mesti berupaya untuk menerus dan menyempurnakannya. Johor mesti menang dengan majoriti dua pertiga dan kerajaan Persekutuan juga mesti dibentuk dengan majoriti yang sama.

“Tanpa semua ini, kita tidak akan dapat menjadi kerajaan yang kuat dan efektif serta tidak boleh terus mentadbir dalam keadaan kita berkuasa tetapi sangat terbatas,” katanya ketika berucap dalam Persidangan Perwakilan UMNO Bahagian Pagoh, di Kompleks Seri Pekembar di sini sebentar tadi.

Perasmian persidangan tersebut disempurnakan Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid yang juga Timbalan Perdana Menteri.

Yang turut hadir Pemangku Ketua UMNO Bahagian Pagoh, Ismail Mohamed. - UTUSAN ONLINE