Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Persenda perjuangan Pas kerana jahil

KUALA LUMPUR 11 Mac - Mereka yang memper­sen­dakan perjuangan Pas di­­sifatkan sebagai ja­hil dengan agenda yang dibawa oleh parti ter­sebut berikutan me­nyangkakan agama ti­­dak boleh disatukan de­ngan politik.

Nasruddin Hasan

Ketua Penerangan Pas, Nasruddin Hasan berkata, masih ramai sebenarnya yang tidak memahami perkara itu sehinggakan tergamak mengeluarkan kenyataan seperti memperkecil-kecilkan keupayaan parti berkenaan.

“Masih ada yang keliru dalam menilai bagaimana cara Pas berjuang. Mereka hairan kenapa Pas menjadikan agama sebagai asas perjuangan.

“Cemburu mereka bukan ke­palang apabila Pas meraih soko­ngan ummah meskipun diselu­bungi fitnah dan tohmahan dari segenap sudut.

“Secara peribadi, saya maafkan mereka, justeru, mereka perlu lebih masa untuk memahami seni politik matang dan sejahtera yang dilaksanakan oleh Pas dalam saingan politik negara pada masa kini,” katanya dalam sa­tu kenyataan hari ini.

Sebelum ini, Ahli Parlimen Bukit Ben­dera, Zairil Khir Johari melalui kenyataan di dalam blog secara sinis mempersoalkan kewajaran Pas terus kekal sebagai gerakan politik di negara ini.

Zairil yang juga pemimpin DAP berkata, perjuangan Pas pada hari ini berbeza sama sekali ketika di bawah kepemimpinan terdahulu, terutama Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat selain mendakwa parti itu lebih selesa memainkan peranan sebagai ‘penasihat’ kepada UMNO.

Menurut Nasruddin, dasar perjuangan Pas adalah Islam dan penegasan itu boleh dirujuk kepada fasal ketiga perlembagaan parti berkenaan.

“Islam ertinya tunduk dan patuh kepada Allah dan kepatuhan adalah bermaksud meraih redha Allah.

“Biarpun halangan sebesar gunung, Pas tidak pernah gentar berdepan dengannya demi melunaskan cita-cita perjuangan Islam,” katanya.

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain