Permohonan itu difailkan Zairil November lalu dengan mendakwa SPR tidak menjalankan kajian persempadanan semula di empat Dewan Undangan negeri (DUN) di Parlimen itu.

Hakim Lim Chong Fong ketika membuat keputusan itu mendapati, mahkamah pada masa ini tidak mempunyai kuasa untuk campur tangan kerana perkara itu masih di peringkat cadangan SPR dan hanya akan diputuskan di Parlimen. - UTUSAN ONLINE