Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Noor Rashid Ibrahim berkata, dengan persediaan itu pihaknya percaya PRK tersebut akan berjalan dengan baik tanpa sebarang isu keselamatan.

"Hanya satu isu yang kita nampak akan menjadi sedikit masalah iaitu isu trafik.

"Bagaimanapun kita juga telah sediakan tambahan pegawai dan anggota trafik di kawasan berkenaan untuk pastikan kelancaran trafik di sana," katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas Forum Kes Penderaan Kanak-kanak Semakin Meningkat: Adakah Undang-undang Kurang Berkesan? di Maktab PDRM Kuala Lumpur di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE