Timbalan Presiden UMNO yang menjalankan tugas-tugas presiden itu berkata, kekalahan tersebut perlu dijadikan iktibar untuk saling bekerjasama dan membina semula kekuatan.

“Malam ini jelas sekali kerjasama apabila kita bersama-sama satu pentas dengan rakan kita dari Pas.Tak semestinya apabila kalah tak bangkit. Kita kena ingat bahawa ada panas ada hujan, ada siang dan malam, kalau pasang ada surut.

CALON Barisan Nasional, Datuk Seri Mohamad Hasan bersalaman dengan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Ha

CALON Barisan Nasional, Datuk Seri Mohamad Hasan bersalaman dengan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang ketika hadir ke Ceramah Perdana di Taman Angsa Mas, Rantau, disini hari ini. - UTUSAN ONLINE/ ABD RAZAK AID

“Sebab itu saya beritahu Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, kita tak ada pilihan dan strategi politik perlu perkukuhkan dengan UMNO dan Pas bersama.

“Bertuahnya kita walaupun ada banyak masalah, saya lihat ada cahaya di hujung terowong. Mari kita tanam benih perpaduan ummah ini. Apabila ada buah nanti kita makan sama-sama,” katanya.

Calon BN bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Rantau itu berkata demikian semasa berucap dalam Ceramah Perdana di Taman Angsamas di sini malam ini.

Yang turut hadir, Abdul Hadi; Timbalan Presiden MIC, Datuk Seri M. Saravanan; Naib Presiden MCA, Datuk Seri Ti Lian Ker dan Setiausaha Agung Pas, Datuk Takiyuddin Hassan.

SEBAHAGIAN orang ramai yang menghadiri Ceramah Perdana di Taman Angsa Mas, Rantau, di Rembau malam i

SEBAHAGIAN orang ramai yang menghadiri Ceramah Perdana di Taman Angsa Mas, Rantau, di Rembau malam ini. - UTUSAN ONLINE/ABD. RAZAK AID

Mohamad berkata, kerjasama UMNO, Pas serta parti-parti komponen BN ketika ini menjadikan gabungan itu kuat dan mula menampakkan hasil apabila buat kali pertama pindaan Perlembagaan yang dibentangkan kerajaan Pakatan Harapan (PH) di Parlimen semalam tidak diluluskan.

Beliau turut menafikan tuduhan DAP bahawa agenda perpaduan ummah itu adalah ‘pengisytiharan perang’ terhadap bukan Islam dan kononnya akan mewujudkan kerajaan Taliban jika UMNO serta Pas membentuk kerajaan.

Katanya, sepanjang BN menjadi kerajaan telah terbukti berjaya membendung kegiatan keganasan seperti Daesh dan Al-Qaeda yang turut mendapat pengiktirafan dunia.

Ujarnya, Pas yang telah hampir 30 tahun mentadbir Kelantan pula telah menjadikan negeri itu tempat terbaik dan aman kepada kaum India, Cina dan Siam. - UTUSAN ONLINE