Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, jika hendak menentukan individu yang sesuai memegang tampuk pentadbiran negara pun, asasnya mestilah permuafakatan.

“Kalau kita (orang Melayu) gagal untuk bermuafakat dengan baik, contohnya banyak yang akhirnya akan menyebabkan orang Melayu kehilangan kuasa.

“Untuk menentukan kepentingan Islam, Melayu dan kaum lain di negara ini, kita perlu meletakkan asas pada landasan yang sama kita hajati,” katanya ketika berucap merasmikan bangunan Badan Khairat Kematian dan Kebajikan Orang-orang Islam (Bakti) Daerah Pekan di sini hari ini.

Yang hadir sama Yang Dipertua Bakti, Datuk Abdul Hamid Abu Bakar. - UTUSAN ONLINE