Dalam masa sama, beliau turut mempersoalkan mengapa masa tiga bulan diperlukan Rafidah bagi mengesahkan dakwaan tersebut.

“Saya juga berhak untuk bersuara bagi mempertahankan diri dan parti saya jika kami telah difitnah kerana ada pihak yang mahu merebut kuasa.

“Persoalan saya ialah perlukah mengambil masa tiga bulan untuk menentukan bahawa setiap inci tanah kementerian dan tentera sudah terletak bawah nama tiga individu? Sekadar memeriksa surat hak milik sudah tahu. Tak sampai setengah hari pun, saya tahu tuduhan beliau tidak benar sama sekali,” katanya dalam status Facebook beliau, hari ini.

Sebelum ini, Najib bertanya apa sudah berlaku kepada dua tuduhan yang dilemparkan kepada beliau sebelum Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).

Katanya, satu daripada tuduhan itu adalah dakwaan Rafidah dengan bersaksi Allah SWT bahawa 40,000 hektar tanah telah diswastakan kepada syarikat milik tiga individu dan mereka kini memiliki setiap inci tanah Kementerian Pertahanan atau pihak tentera. – UTUSAN ONLINE