Sehubungan itu Ketua UMNO Bahagian Bera, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mahu semua ahli parti berkenaan terutama di peringkat akar umbi fokus untuk memperoleh kemenangan dalam PRU-14.

"Saya harap kita sebagai ahli UMNO terus fokus kepada persiapan menghadapi pilihan raya demi mempertahankan bangsa, agama dan negara.

"Pemuda dan Puteri UMNO perlu meneruskan usaha menambah pengundi muda pada setiap hari," katanya ketika berucap pada majlis perasmian Persida­ngan Perwakilan Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO Bahagian Bera di Kompleks Rakan Muda di sini hari ini.

Perasmian persidangan tersebut disempurnakan oleh Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Mahdzir Khalid.