Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Dr. Shahidan Kassim berkata, satu kor, berani dan meletakkan perjuangan parti sebagai keutamaan me­rupakan ciri-ciri yang penting dalam setiap ahli parti untuk 'berperang' dengan pembangkang.

"Dalam keadaan sekarang kita sudah berada dalam tahap gear tiga atau empat, semua bahagian UMNO harus bergerak ke hadapan, ke arah peperangan sebab musuh menyerang dari kiri dan kanan. Kita menghadapi tentera yang besar di hadapan," katanya.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan Persidangan Perwakilan UMNO Bahagian Jerai di sini hari ini yang turut dihadiri Ketua UMNO bahagian, Datuk Seri Jamil Khir Baharom yang juga Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Pengerusi Tetap UMNO, Tan Sri Badruddin Amiruldin.